Monday, June 14, 2010

Salam perkenalan..


Assalamualaikum..
Buat pertama kalinya aku menulis dalam ruangan ini....Tulip Ungu..
Ruang ini akan aku jadikan sebagai tempat untuk aku bercerita tentang pengalaman hidupku, tentang perasaanku, dan semua tentang aku...
Tulip Ungu? ku kira pasti ada yang tertanya mengapa aku memilih nama ini. Aku sebenarnya penggemar bunga tulip dan warna ungu. Bunga tulip  memberi maksud ‘being perfect love'. Ia menceritakan rasa kecintaan dan dilihat sebagai ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’. Kerana itu aku sangat menyukai bunga ini... Warna ungu pula melambangkan perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif. Gabungan ini memberi kesan yang sangat sempurna--elegant, sofiskated, intim dan mesra--

Di harapkan dengan terhasilnya ruangan ini, aku dapat berkongsi pendapat dan pengalaman selain menambah kenalan...Buat teman-temanku, terimalah "Akrab Persahabatan". Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan selamanya, InsyaAllah.






Sampai bertemu lagi:)
~Luv Purple Tulip~

No comments:

Post a Comment